Wednesday, October 30, 2013

BJSS Hockey Invitation (Under 14) 2013





Champion U14: SMK Tunku Besar Tampin (TBSS)

1st Runner-up U14: Bukit Jalil Sports School (BJSS)
For more details:


Sunday, October 27, 2013

BJSS Volleyball Invitational (Women) 2013

Champion: City Rangers Volleyball Club (CRVC)

1st Runner-up : Bukit Jalil Sports School (BJSS)

2nd Runner-up: E-Globex

Organizing Committee


For more details: 

Malaysian Sports Schools Direction Seminar







Saturday, October 5, 2013

SEKOLAH SUKAN BERI IMPAK BESAR KEPADA INDUSTRI SUKAN


KUALA LUMPUR 2 Okt- Sekolah sukan kebangsaan dan sekolah sukan negeri memberi impak cukup besar kepada industri sukan tanah air. Menteri Belia Dan Sukan (KBS) YB Khairy Jamaluddin berkata, kewujudan dua sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) banyak membantu kontinjen negara meraih pingat di temasya sukan antarabangsa. "Saya melihat statistik sekolah sukan bahawa lebih kurang 350 orang atelit dari sekolah sukan telah mewakili negara didalam lapan belas edisi temasya sukan Komenwal 1998 Kuala Lumpur hingga sukan Olimpik London 2012 denagn pungutan pingat 101 emas, 93 perak dan 89 gangsa," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak Bernam Tuan Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh di Dewan Rakyat hari ini. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menjelaskan, pihak kementerian percaya dengan penubuhan sebuah lagi sekolah sukan di Gambang, Pahang, ianya dapat menempatkan lebih ramai lagi bakat atlet kebangsaan. Katanya, walaupun sekolah sukan tidak diletakkan dibawah kelolaan KBS sebilangan besar mereka ini menjalani latihan di bawah program di Majlis Sukan Negara (MSN) sama ada di peringkat elit mahupun pelapis. Tambah beliau, KBS sedang melaksanakan program pencarian bakat di peringkat akar umbi melalui kerja sama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). "Pembangunan bakat atlet daripada umur mula sehingga mewkili negara adalah dalam jangka 8-10 tahun. Ia bermula daripada latihan awal asas sukan dan seterusnya kepada peringkat spesifik sukan mengikut umur. "Melalui program pengenalpastian bakat, bakat-bakat muda diterapkan dengan elemen-elemen sains sukan seperti permakanan, suaian fizikal, psikologi dan lain lagi agar diamalkan dalam budaya hidup sebagai seorang atlet bagi melahirkan atlet negara berprestasi tinggi semenjak alam persekolahan," ujarnya. Beliau juga berkata, program ini merupakan usaha kerajaan dalam melahirkan lebih ramai atlet-atlet remaja yang berbakat.

http://www.rakyatnews.my/index.php/2013100291292/dari-parlimen/sekolah-sukan-beri-impak-besar-kepada-industri